Thursday 22 November 2012

Siapa mulia ?


Pada suatu hari, Rasulullah dan para sahabat sedang berkumpul di suatu kawasan sambil berborak-borak dan berbincang tentang isu agama . Lalu, baginda pun bertanyalah kepada para sahabat "ya sahabat, kalian rasa siapakah yang paling mulia disisi Allah?" Para sahabat saling berpandangan lalu mereka menjawab " ya Rasulullah, sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah itu ialah para malaikat ya Rasulullah" baginda tersenyum mendengar jawapan dari para sahabat lalu baginda pun berkata "memang benar ya sahabat, yang paling mulia disisi Allah itu ialah para malaikat. Mereka berzikir dan beribadat kepada Allah sepanjang masa, masakan pula mereka tidak mulia disisi Allah. Tetapi ada yang lebih mulia disisi Allah ya sahabat."
         
          Para sahabat terdiam. Lalu mereka menjawab lagi "sesungguhnya para nabi yang paling mulai disisi Allah ya Rasulullah" baginda tersenyum lagi. Lalu baginda berkata "Memang benar sahabat. Sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah itu ialah para nabi. Allah mengutus mereka ke dunia dan sudah semestinya mereka adalah dari golongan yang mulia. Tetapi bukan itu jawapannya ya sahabat. Sesungguhnya ada lagi yang lebih mulia disisi Allah"

       Para sahabat terdiam lagi. Lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah "ya Rasulullah. Adakah kami ini sahabat mu? Adakah kami sahabatmu golongan yang mulia itu?" Rasulullah tersenyum mendengar soalan dari para sahabat. Baginda menatap satu demi satu wajah para sahabat dan Rasulullah berkata "ya sahabat. Memang benar bahawa kalian adalah golongan mulia. Kalian mulia kerana kalian sanggup berjihad dan berdakwah bersamaku sahabat. Kalian semua berdamping dengan ku. Tetapi masih ada lagi yang paling mulia disisi Allah ya sahabat"

        Para sahabat terdiam lagi. Semua jawapan yang mereka berikan adalah tidak tepat. Tiba-tiba mereka mendengar tanggisan Rasulullah. Air mata Rasulullah menitis. Air mata Rasulullah menitis jatuh kebumi. Lalu Rasulullah berkata "ya sahabat. Sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah ialah umatku. Umatku sahabat!! Umatku!! Aku merindui mereka sahabat. Tetapi bagaimana jika mereka merindui ku pula? Sedangkan mereka tidak dapat dapat menyentuh dan melihatku? Mereka beribadat dan makin merinduiku serta berselawat kepada ku meskipun mereka tidak dapat melihatku. Mereka meyakini dengan agama yang ku bawa meskipun mereka tidak dapat berdamping bersamaku sahabat. Mereka tidak seperti kalian semua. Kalian dapat berdamping dengan ku sedangkan mereka pula sebaliknya. Aku merindui mereka sahabat!! Aku merindui umatku!! Umatku lah yang mulia disisi Allah ya sahabat" Air mata Rasulullah mencurah lagi. Para sahabat juga menitiskan air mata tatkala mendengar rintihan Rasulullah itu. Sesungguhnya Rasulullah merindui kita. Rasulullah merindui kita wahai pembaca sekalian. Rasulullah merindui kita wahai sahabat!! Rasulullah merindui kita!! Tetapi adakah kita merindui baginda? Seberapa kerap kalikah kita menangis merindui baginda?  Seberapa banyakkah kita meluangkan masa untuk berselawat kepada baginda? Wahai pembaca sekalian.Ambil lah sedekit waktu untuk berselawat kepada Rasulullah s.a.w. , sesungguhnya kita umat Baginda.

Thursday 8 November 2012

Sultan Muhammad al-Fateh 1453



PENGENALAN

Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”

Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para sahabat sehingga 800 tahun kemudiannya, pelbagai kempen ketenteraan dilakukan namun kesemuanya gagal menembusi tembok Konstantinople. Konstantinople yang berada dalam Empayar Byzantine ini sangat penting kerana ia merupakan laluan utama untuk ‘membuka’ Eropah keseluruhannya. Runtuh sahaja pintu Eropah, bermaksud mudahlah untuk sesiapa sahaja menerobos ke luar sana.

Tuhan menzahirkan kebenaran kata-kata Nabi Muhammad saw itu melalui Sultan Muhammad al-Fateh. Namun kita kena memahami satu perkara, iaitu Konstantinople dibuka sekurang-kurangnya dua kali. Sultan Muhammad al-Fateh ialah pembuka yang pertama manakala pembuka utamanya akan datang tidak lama lagi. Bahagian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah nanti.

Seorang sahabat Nabi bernama Abu Ayyub al-Ansari menemui kesyahidannya berhampiran tembokkota Konstantinople. Dia melancarkan serangan pada zaman Kekhalifahan Bani Umayyah. Dikatakan antara hujah Abu Ayyub ke sana ialah kerana dia pernah mendengar Rasulullah saw memberitahu bahawa akan ada seorang lelaki yang akan dikuburkan di sana. Dia berharap agar dialah orangnya. Selain itu, jika dia gagal membuka Konstantinople, dia berharap dapat mendengar derap kuda “sebaik-baik raja dan tentera” itu.

ZAMAN KECIL

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 30 Mac 1432 di sempadan Turki-Bulgaria. Bapanya Sultan Murad II (1401-1451) seorang yang soleh, handal dalam perang jihad dan mempunyai wawasan yang hebat. Dia memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya sehingga Muhammad jadi seorang yang berketrampilan sejak kecil lagi.

Muhammad belajar dan menguasai pelbagai cabang ilmu seperti agama, politik, seni tempur dan beladiri, ilmu peperangan, tasauf, psikologi dan lain-lain. Dia berkebolehan dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Hal ini menggambarkan kecerdasannya yang luar biasa.

Kekhalifahan Uthmaniyyah yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah aliran Asha’irah dan bermazhab Hanbali itu sangat mementingkan ilmu tasauf kesufian. Pihak istana mengamalkan Tariqat Naqshabadiyyah. Para khalifah mempunyai bilik suluk khas mereka. Peribadi yang banyak membentuk rohani Sultan Murad dan anaknya ini ialah seorang mursyid besar Tariqat Naqshabandiyyah iaitu Syeikh Shamsuddin al-Wali, seorang berketurunan Sayyidina Abu Bakar. Dia bertindak sebagai penasihat kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu.
Ketika Muhammad masih dalam buaian, Syeikh Shamsuddin pernah berkata kepada Sultan Murad, bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian itu.
ZAMAN REMAJA

Muhammad al-Fateh mula memangku jawatan sebagai pemerintah daulah Islam pada tahun 1444 ketika baru berusia 12 tahun. Ketika itu bapanya iaitu Sultan Murad ada urusan di luar kerajaan. Tugas ini dijalankannya dengan baik selama hampir 3 tahun. Pada tahun 1451, ketika usianya 19 tahun, barulah dia secara rasminya menjawat jawatan khalifah. Sultan Muhammad ialah khalifah Uthmaniyyah yang ke-7.

ZAMAN DEWASA

Sultan Muhammad al-Fateh memimpin sendiri 25 kali kempen ketenteraan sepanjang hidupnya. Walaupun dia ketua seluruh umat Islam pada zaman itu, namun dia seorang yang berjiwa rakyat. Dikatakan ketika tentera Islam membina Benteng Rumeli Hisari, Sultan Muhammad membuka serban dan bajunya lalu turut sama menjadi buruh binaan.

Sultan Muhammad sangat gemar mengenakan serban, begitu juga dengan tentera dan rakyat Turkistanketika itu. Selain daripada mempraktikkan sunnah, serban besar mereka itu tidak lain ialah kain kafan mereka sendiri. Hal ini menunjukkan kecintaan mereka kepada syahid pada bila-bila masa dan tentunya kecintaan kepada sunnah. Sebab itu kesemua tentera Islam pada zaman itu mengenakan serban.

Walaupun Sultan Muhammad sudah dilantik sebagai khalifah, tetapi dia masih memerlukan tunjuk ajar bapanya, yang juga mahagurunya. Oleh itu, sungguhpun Sultan Murad sudah bersara dan mahu memberi tumpuan pada amal ibadah, Sultan Muhammad tetap mahu bapanya ke medan juang. Setelah Sultan Murad uzur, barulah dia dibiarkan berehat. Kata-kata Sultan Muhammad al-Fateh kepada bapanya setelah dia menjawat jawatan khalifah:

“Kalau ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun kemedan perang. Tapi jika ayahanda memandang saya yang khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang.”

Begitulah lebih kurang. Dengan kata-kata ini, Sultan Murad tidak dapat berhelah lagi. Memang benar, perjuangan tidak ada hari berhentinya.






MEMBUKA KONSTANTINOPLE

Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan tentera Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.

Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.
Tentera Islam tiba di Konstantinople dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.
Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.

Sultan Muhammad yang berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.

Satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa.

Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.
Sudah berlalu 53 hari namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan : “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”

Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu membuatkan tentera Islam ‘naik syeikh’. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid. Allahu Akbar!

Konstantinople ialah kubu utama Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu akhirnya hancur selepas kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad menukar nama Konstantinople kepada Islambol, yang membawa maksud “Islam Keseluruhannya”. Nama Islambol diubah pula kepada “Istanbul” oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk, Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia. Sekarang dijatuhkan maruahnya sebagai sekadar sebuah muzium.

Selepas itu Sultan Muhammad menyebarluaskan lagi agama tauhid ke HungaryBosniaSerbia, Albani dan sekitarnya.
JUMAAT BERSEJARAH

Selepas berjaya menakluki Konstantinople, sampailah ketikanya untuk tentera Islam mengerjakan solat Jumaat yang pertama kalinya di sana. Timbul satu masalah, siapakah yang akan bertugas sebagai imam? Sultan Muhammad al-Fateh bertitah kepada tenteranya:

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggal solat fardhu setelah baligh, sila duduk.”

Tidak ada seorang pun dalam ribuan perajurit itu yang duduk. Maksudnya mereka tidak pernah meninggalkan kewajipan solat fadhu. Beginilah salah satu ciri sebaik-baik tentera.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat rawatib setelah baligh, sila duduk.”

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

“Siapakah antara kamu yang pernah meninggalkan solat tajahud setelah baligh, sila duduk.”

Semua tenteranya duduk, kecuali Sultan Muhammad sendiri. Hal ini menunjukkan pemerintah besar ini tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak dia cukup umur. Alangkah hebatnya peribadi seorang pemimpin sebegini! Ada lagikah pemimpin umat Islam yang sebegini?

AKHIR HAYAT

Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hurkascayiri, Gebe. Ada pendapat mengatakan dia meninggal kerana menderita penyakit ghout. Ada pula yang mengatakan dia diracun.
Siapa yang meracunnya? Seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa. Ada orang mengaitkan putera Sultan Muhammad sendiri dalam hal ini. Allahu a’lam.

KISAH POTRET SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Potret ini memang masyhur. Siapakah pelukisnya?
Pelukisnya ialah seorang Itali bernama Genti le Bellini. Dia dihantar oleh Senat Venice ke Istanbul pada tahun 1479 untuk bertemu dengan Sultan Muhammad al-Fateh atas urusan hubungan diplomatik. Dialah yang melukis potret baginda.

- Sejarah Islam -

Di sini ( http://www.youtube.com/watch?v=Kw351G3rHnM&feature=related )  ,merupakan movie hiasan kepada anda. Sejarah sebenar lebih hebat daripada filem ini. Selamat menonton ^_^









Wednesday 24 October 2012

Sejarah Qurban ( Aidul Adha)


Demi Nama Allah,
Nabi Ibrahim dari semasa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pergaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa dia harus menyembelih Ismail,puteranya kerana mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang beliau hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakannya, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.
Namun sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Dia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.
Sungguh berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya”. Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.
Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:
“Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku Insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”
Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: “Alhamdulillah,syukurnya ayah mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah”.
Tibalah saat penyembelihan yang akan dilaksanakan, diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.
Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku. "Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: “Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan”. Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa, Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap Hari Raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

*SubhanAllah, betapa kuatnya kepercayaan mereka kepada Allah,tambah-tambah lagi seorang ayah seperti Nabi Ibrahim yang sanggup melaksanakan perintah Allah walaupun perlaksanaan itu sukar untuknya ^_^


Thursday 13 September 2012

Rasulullah SAW dengan Sebiji Limau

Pada suatu hari yang dingin dengan angin tersimpul malu, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.  Buah limau itu kelihatan sungguh segar dan menyelerakan.
Siapa yang melihat pasti akan terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira
(indahnya senyumanmu Ya Rasululah SAW). 

Kemudiannya, permberian hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum(sangat comel Rasulullah SAW) tanpa berkata-kata. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan seulas demi seulas. Setiap kali dimakan Rasulullah akan tersenyum (indahnya senyuman baginda), hinggalah habis semua limau itu.



 Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya kepada baginda. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau yang dihadiahkan itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Sekiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung ataupun terluka hati dengan telatah kalian. Sebab tu saya habiskan kesemuanya."

 Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

Ya Allah,indahnya akhlak Rasul-Mu..
Comel+akhlak baik+handsome+pandai+ (dll) = Rasulullah saw

Friday 31 August 2012

Menahan Kelaparan Bagi Menghormati Tetamu



Bismillah...

Pada suatu hari yang dingin,bertiup-tiupnya angin dengan alunan yang tenang,seorang sahabat telah datang menemui Rasulullah s.a.w.  bagi menceritakan luahan hatinya kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami oleh sahabat tersebut. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai sesuatu apa makanan pun untuk diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri bagi diberikan kepada sahabat itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani sahabat ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Setelah berucapnya Rasulullah s.a.w. lalu berdirinya seorang sahabat dari kaum Ansar dan menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggup melakukan seperti kehendakmu wahai Rasul Allah."

Orang Ansar itu pun mengiring sahabat yang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Sekiranya begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)


-Indahnya Islam,sayangi tetamu sepertimana kamu sayangi keluarga kamu-

Friday 24 August 2012

Pengemis Buta dan Rasulullah SAW


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni
Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan
kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Wahai saudaraku,bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW?
Atau adakah setidaknya niat untuk meneladani baginda?
Baginda adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Walaupun tidak pernah kita meneladani baginda seratus peratus, alangkah
baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.

Friday 17 August 2012

Rasulullah SAW Disaat Terakhir : Hati Menangis

Bismillah,

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii, ummatii, ummatiii' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. 

- indahnya bila kita dapat bersama -

Wednesday 15 August 2012

Amar Bin Thabit,Syahid Selepas Mengucap Syahadah


Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya. 
Rasulullah s.a.w.  menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa bagaikan singa yang lapar menerkam musuh. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

Kemudiannya,datanglah beberapa orang muslimin kepadanya.Mereka terkejut melihat Amar Bin Thabit menyertai peperangan Uhud lalu mereka bertanya"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab menyangkakan yang dia masih musyrik. Mereka beranggapan Amar ini masih belum Islam. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Selepas beliau berkata sedemikian, Amar telah pun syahid dimana tempatnya terbaring tadi. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w.berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang insan yang luar biasa, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar bin Thabit ini.

- Disebalik kekurangan terselitnya kelebihan - ^_^

Wednesday 1 August 2012

Cintakah kamu , sayangkah kamu kepada Si Dia ?



CINTAILAH RASULULLAH….
kerana baginda sangat menyayangi kita….

Dari Abbas r.a bersabda
“Org yang pertama dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat ialah MUHAMMAD SAW. Jibrail as akan datang kepadanya membawa seeokor Buraq. Israfil datang kepadanya membawa bendera dan mahkota.Izrail datang membawa pakaian pakaian syurga.
Israfil bersuara:
“Wahai roh yang baik ! kembalilah ke tubuh yang baik”
maka kubur terbelah dua.

Pada seruan yang kedua pula

kubur mula terbongkar.

pada seruan yang ke3
Ketika Rasulullah saw berdiri.. Baginda telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda saw. Baginda saw melihat kanan dan kiri. Baginda dapati tiada lagi bagunan lalu Baginda menangis sehingga mengalir lah air matanya ke pipi.

Baginda bersabda:
Kekasihku Jibrail as ! Gembirakalah aku..

Jibrail as berkata “Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?
Baginda bersabda :
“Bukan seperti itu maksud pertanyaanku..”

Jibrail as berkata :
“Apakah kamu tidak dapat melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda bersabda :
“Bukan itu maksud pertanyaanku”

Baginda bersabda :
“Aku bertanya kepada mu akan UMATKU…Di mana perjanjian mereka..?”

Baginda bersabda :
“Nescahaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.. Aku akan mensyafaatkan UMATku..”

Jibrai as menyeru :
” Wahai sekalian makhluk!! Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah swt..”

Umat2 datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.
setiap kali Nabi MUHAMMAD akan bertanya…
“Dimanakah UMAT ku?”
Jibrail as berkata :
“Wahai MUHAMMAD SAW.. umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila Nabi isa datang
Jibrail as menyeru
“tempatmu”
Maka Nabi isa as dan jibrail as menangis .

Nabi MUHAMMAD SAW berkata :
“Mengapa kamu menangis..Dimana Umatku?”
Jibrail berkata :
“Mereka semua telah datang . Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian nabi MUHAMMAD SAW menangis lalu bertanya
“Wahai Jibrail ! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibrail as berkata :
” Lihatlah mereka wahai MUHAMMAD SAW..”

Nabi MUHAMMAD SAW bertemu dengan umatnya yang berdosa.
Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru
” Wahai MUHAMMAD SAW…..”

Nabi MUHAMMAD SAW bersabda :
” Wahai Umatku……”

mereka berkumpul di sisinya.. Umat2nya menangis.
Allah Taala berfirman
“Di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi..
dimana umat MUHAMMAD SAW..”

Jibrail as berkata :
“Mereka adalah sebaik umat..”

Allah Taala berfirman :
“Wahai Jibrail ! Katakanlah kepada kekasihku MUHAMMAD SAW.. umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanku.”

Jibrail as kembali di dalam keadaan menagis lalu berkata :
” Wahai MUHAMMAD SAW..Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala”
Nabi MUHAMMAD SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata :
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala..”
Allah Taala berfirman :
“Pada hari ini kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan,,Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu..dan Aku akan mengangkat sesiapa yang menderhaka terhadapKu..”
Suara dan jeritan dan tangisan semakin kuat..
Nabi MUHAMMAD SAW menyeru..
“Tuhan!! penciptaku..penghuluku…..Aku tidak meminta untuk diriku sesungguhnya aku meminta umntuk umatku dariMu..”

ketika itu juga Neraka Jahanam berseru
“siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka berseru :
“Wahai tuhanku!!Pengusahaku!!Penghuluku..selamatkan lah MUHAMMAD SAW dan umatnya dari siksaanya..selamatkan mereka dari kepanasanku..bara apiku..penyiksaanku..dan azabku..sesunggunya mereka adalah umat yang lemah..mereka tidak dapat tahan dengan siksaan.

Air mata nabi MHAMMAD SAW telah hilang dan kering dari pipinya..
Baginda bersujud dihadapan arsy Allah…
Sekali lagi baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya..

Para nabi melihat keluh kesah dengan tangisanya
Meereka berkata
“Maha suci Allah..Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat keadaan umatnya..

Fatimah pernah bertanya
“Dimanakah aku ingin mendapatkanmu pada hari kiamat nanti wahai bapaku”

Baginda menjawab :
” kamu akan menjumpai aku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku..”

Tatkala umat MUHAMMAD saw sedang mencari mimbar nabi MUHAMMAD SAW untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat,
Mariam, Aisyah,Khadijah dan Fatimah sedang duduk.

Ketika Mariam melihat umat nabi MUHAMMAD SAW..dia berkata :
“Ini umat NABI MUHAMMAD..mereka telah sesat dari nabi mereka.”

suara mariam telah didengari oleh nabi adam..
nabi adam berkata kepada nabi muhammad..
“ini umatmu wahai muhammad..mereka berkeliling mencari mu untuk meminta syafaat kepada Allah taala.”

Nabi MUHAMMAD saw menjerit dari atas mimbar lalu bersabda :
“Marilah kepada ku wahai umatku wahai sesiapa yang beriman yang tak pernah melihatku..Aku tidak pernah lari daripada kamu melainkan aku sentiasa mohon kepada Allah ”
Umat nabi MUHAMMAD SAW berkumpul di sisinya.
Ketika di pangkal sirat
Nabi MUHAMMAD SAW bersabda kepada malaikat malik :

“Wahai Malik.. dengan kebenaran Allah Taala..palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi..jika tidak mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi MUHAMMAD SAW berhenti di atas sirat .
Setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat .
Baginda akan menarik tanganya dan membangunkanya kembali ..

Nabi Muhammad berkata…

“Ya Tuhan…SELAMATKAN MEREKA..SELAMATKAN MEREKA..SELAMATKAN MEREKA”
“Tuhan..SELAMATKANLAH MEREKA …SELAMATKANLAH MEREKA..SELAMATKANLAH MEREKA.