Tuesday 19 March 2013

Islam,Iman Dan Ihsan (Riwayat Muslim)


Riwayat Muslim (SOHIH)

Pada suatu hari,sedang kami duduk dalam suatu majlis bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian serba putih,berambut sangat hitam,yang tiada kesan bahwa ia seorang musafir,dan tiada antara kami yang mengenalinya.

Lalu ia duduk bersama Rasulullah SAW,dan ditemukan kedua-dua lututnya dengan kedua-dua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua-dua tangannya ke atas kedua-dua paha Rasulullah SAW.Lalu is berkata : Hai Muhammad! Beritahu kepada ku tentang Islam?Rasulullah pun menjawab : Islam itu mengucap syahadah-bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,mengerjakan sembahyang,mengeluarkan zakat,berpuasa pada bulan Ramadhan,dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berkemampuan untuk ke sana.

Orang itu berkata : Kamu benar. (Umar r.a. berkata : Kami berasa hairan kepada tingkah laku orang itu,ia yang bertanya dan ia juga yang mengiyakannya.) Orang itu berkata lagi: Beritahu kepadaku tentang iman? Nabi Muhammad SAW berjawab : Kamu beriman kepada Allah,malaikat-Nya,kitab-Nya,Rasul-Nya,hari Akhirat,dan beriman kepada takdir Allah yang baik-Nya mahupun yang buruk-Nya.Orang itu berkata:Kamu benar.Orang itu berkata lagi : Beritahu kepada ku tentang ihsan? Nabi Muhammad SAW menjawab: Hendaklah menyembah Allah seolah-olah kamu sedang melihat-Nya.Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya,sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat kamu.

Orang itu berkata lagi: Beritahu kepadaku tentang hari kiamat? Nabi Muhammad SAW menjawab: Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Beritahu kepada ku pula tanda-tandanya? Nabi SAW menjawab : Apabila hamba perempuan melahirkan anak tuannya sendiri,apabila kamu melihat orang yang berkaki ayam,tidak berpakaian,penggembala kambing (berbangga) berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi.(Kemudiannya,orang itu beredar daripada majlis tersebut)

Kemudian Rasulullah SAW berkata: Wahai Umar! Tahukah kamu,siapakah yang menyoalkan tadi? Umar menjawab : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.Nabi Muhammad SAW berkata: Itulah Jibril a.s. yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu tentang pelajaran agama kamu.

In Sha Allah, Moga kita dapat manfaatkan sedikit ilmu daripada Hadis Imam Nawawi untuk menjadi bekalan ilmu dunia mahupun di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment