Thursday 28 February 2013

3 Soalan Yang Dijawab Dengan 1 Penampar




Pada suatu hari,seorang pemuda datang ke sebuah kampung untuk mencabar penduduk-penduduk di situ.Maka berkumpullah penduduk-penduduk kampung di sebuah tempat yang lapang bagi mendengar cabaran pemuda itu.

Pemuda: "Ada sesiapa di antara kalian yang boleh menjawab soalan-soalan berkaitan dengan keagamaan?Setakat ini tiada seorang pun mampu menjawabnya mahupun Professor dan orang yang pintar.Sekiranya anda berani dengan cabaran saya,sila tampil ke hadapan."ajuk beliau kepada penduduk kampung.

Sesiapa pun tidak berani menyahut cabaran pemuda itu sehingga terdapat seorang Imam tampil ke hadapan bagi menyahut cabaran tersebut.

Pemuda : "Kamu siapa dan mampukah kamu menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?"


Imam : "Saya hanyalah hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda."

Pemuda : "Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya."

Imam :" Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya dengan adanya izin Ilahi."

Pemuda : " Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu wujud,tunjukkan wujud tuhan kepada saya?
2.Apakah yang anda tahu tentang takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?"

(Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.)

Pemuda :" Kenapa anda marah kepada saya?" (sambil menahan sakit)

Imam : "Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas ketiga-tiga pertanyaan yang anda ajukan kepada saya."

Pemuda : "Saya sungguh-sungguh tidak mengerti."

Imam :" Bagaimana rasanya tamparan saya?"

Pemuda : "Tentu saja saya merasakan sakit."

Imam : "Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?"

Pemuda : Ya!

Imam : "Tunjukkan kepada saya dimana wujudnya sakit itu!"

Pemuda : "Tidak mungkin saya dapat tunjukkan."

Imam : "Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya."

Imam :" Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?"

Pemuda : Tidak.

Imam : "Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?"

Pemuda : Tidak.

Imam :" Itulah yang dinamakan takdir jawapan saya bagi pertanyaan anda yang kedua"

Imam : "Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?"

Pemuda : Kulit.

Imam :"Terbuat daripada apa pipi anda?"

Pemuda : Kulit.

Imam : "Bagaimana rasanya tamparan saya?"

Pemuda : Sakit.

Imam : "Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Allah menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan."

Pemuda itu sungguh malu dengan sikap beliau terhadap orang ramai.Kemudiannya,dia pergi dari kampung itu dalam keadaan kecewa.Penduduk kampung sungguh gembira dan teruja dengan jawapan yang diberikan Imam.

No comments:

Post a Comment