Sunday 6 May 2012

Menawan Pulau Cyprus

Bismillah,

Suatu ketika dahulu,
"Wahai Khalifah Umar al-Khatab,saya bercadang menjalankan satu ekspedisi angkatan laut bagi menawan pulau Cyprus di Laut Mediteranean.Apabila pulau Cyprus ditawan,kita dapat menggunakan sebagai pangkalan laut tentera Islam.Oleh itu,mudah bagi kita melancarkan serangan ke atas Empayar Byzantium." Begitulah isi kandungan surat Gabenor Muawiyah kepada Khalifah Umar al-Khatab.

 Gabenor Muawiyah memberikan surat itu kepada utusannya bagi menyampaikannya kepada Khalifah Umar al-Khatab.Utusan itu memacu kudanya sepantas kilat merentas padang pasir dan bukit-bukau menuju ke Kota Madinah.

 "Gabenor Syria meminta saya menyerahkan surat ini kepada khalifah." ujar utusan itu sambil menyerahkan surat yang dibalut kemas kepada Khalifah Umar al-Khatab yang sedang berbincang dengan penbantunya.Selepas membaca surat Gabenor Syria,Khalifah Umar al-Khatab menghantar surat kepada Gabenor Mesir,Amru bin al-As bagi meminta pendapat berkenaan cadangan Muawiyah itu.Khalifah Umar al-Khatab tahu,pengalaman luas Amru bin al-As dapat membantu menghasilkan keputusan yang bijak.

 "Khalifah yang dihormati,saya pernah melihat seekor binatang besar terapung di laut dan manusia kelihatan sangat kecil di dalamnya.Ombak besar dan tinggi melangit.Apabila laut itu tenang,ia menarik hati.Apabila laut mengganas,ia menakutkan kita.Semua yang di dalamnya kelihatan seperti ulat dalam kayu.Jika ia terbalik,semua akan lemas.Andaikan ada yang terselamat,mereka akan menjadi bingung." Gabenor Mesir segera memberi jawapan dalam sepucuk surat yang ditulis menggunakan bahasa kiasan.

 Apabila Khalifah Umar al-Khatab membaca balasan surat Amru bin al-As,tanpa berfikir panjang dia terus menolak cadangan Gabenor Muawiyah berkenaan misi menawan Pulau Cyprus dengan angkatan laut.
"Biar laut itu menjadi penghalang antara kita dan pihak musuh."ringkas jawapan Khalifah Umar al-Khatab dalam surat balasannya kepada Gabenor Syria.

 "Saya tidak bersetuju dengan pandangan orang atasan akan bahayanya laut kepada manusia.Buat masa ini,saya akan mendiamkan diri."begitu jawapan Gabenor Muawiyah biarkan terkejut dengan keputusan Khalifah Umar al-Khatab.

 Selepas Khalifah Umar al-Khatab meninggal dunia,Usman bin Afan dilantik bagi menggantikannya.Perubahan pucuk pimpinan ini memberi peluang kepada Muawiyah menghantar mencadangkan perkara yang sama sekali lagi kepada khalifah.Kali ini,dia menyatakan rancangannya dengan lebih terperinci kepada Khalifah Usman bin Afan demi mendapatkan sokongan.

 "Saya menyokong cadangan saudara dengan syarat,hanya tentera yang sukarela dibenarkan menyertai ekspedisi angkatan tentera laut saudara.Saudara tidak boleh memaksa sesiapa pun menyertai misi itu," Akhirnya,Khalifah Usman bin Afan memberi keputusan kepada Muawiyah menubuhkan angkatan laut bagi menyerang Pulau Cyprus.Apabila memdapat kelulusan bertulis dari Khalifah Usman bin Afan,Muawiyah terus menubuhkan satu angkatan laut yang kuat dan teguh bawah pimpinan Abdullah bin Qais.Antara sahabat-sahabat yang sukarela menyertai angkatan laut itu adalah Abu Dar Ghifari,Ubadah bin Samit serta isterinya Ummu Harsam,Abu Darda dan Shadad bin Aus.

 "Saya menghantar sebuah kapal angkatan tentera laut yang dipimpin oleh Abdullah bin Abu Sarah," begitulah isi kandungan surat yang diterima dari Gabenor Mesir kepada Muawiyah sebelum misi ke Pulau Cyprus dimulakan.

 "Dengan nama Allah yang Maha Agung,kita akan ke Pulau Cyprus dan bertempur dengan tentera Empayar Byzantium yang berpangkalan di sana.Angkatan laut kita diketuai oleh Abdullah bin Qais dan dibantu sebuah           kapal angkatan tentera laut dari Mesir yang dipimpin Abdullah bin Abu Sarah.Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita semua!" laung Muawiyah dengan suara lantang dan bersungguh-sungguh, membangkitkan semangat jihad pejuang-pejuang Islam yang menyertai misi itu.

 "Allahuakhbar!Allahuakhbar!Allahuakhbar!" takbir Abdullah bin Qais yang disahut oleh beribu-ribu tentera Islam sehingga bergema di udara suara singa-singa Allah tersebut.Kemudian Abdullah bin Qais meminta anggota tenteranya menaikkan layar kapal untuk berlepas dari pelabuhan.



 Setelah sekian lama mereka berlayar dengan tujuan yang suci,kini tentera angkatan laut Abdullah bin Qais telah tiba di Pulau Cyprus dengan selamat."Kita sudah selamat tiba di pantai Pulau Cyprus dengan keizinan daripada Allah.Hantar pasukan perisik bagi melihat berapa ramai tentera musuh yang berada di pulau ini," perintah Abdullah bin Qais kepada Unit Perisik yang mula bergerak masuk ke dalam pulau bagi meninjau .kekuatan musuh.

 Tidak lama kemudian,Unit Perisik tentera Islam kembali dan melaporkan pasukan tentera musuh yang mengawal pulau itu kecil bilangannya.Selepas mendapat maklumat perisikan,Abdullah bin Qais menyusun strategi dengan Abdullah bin Abu Sarah bagi melancarkan serangan hendap keatas pasukan tentera musuh.

 Setelah menyusun strategi yang mantap,Abdullah bin Qais menyuruh angkatan tenteranya mengambil tempat untuk melakukan serangan.Arahan ketua panglima yang berbadan sasa itu dipatuhi oleh semua tentera Islam sambil menunggu arahan seterusnya kepada mereka."Allahuakbar! Lancarkan serangan sekarang!" jerit Abdullah bin Qais dengan lantang,mengarahkan pasukan tenteranya maju ke hadapan bertempur dengan pihak musuh.

 "Apa?Serangan dari tentera Islam?" Pihak musuh terkejut dengan serangan hendap dari semua arah dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa.Mereka hanya mampu melihat kawasan mereka dikepung oleh angkatan tentera Islam yang bersenjatakan pedang dan tombak.

 Serangan yang dilakukan oleh angkatan tentera Islam diberi tentangan yang hebat oleh pihak musuh.Melihat situasi itu,Abdullah bin Qais mengarahkan kepada tenteranya supaya tingkatkan lagi serangan keatas tentera Empayar Byzantium.Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh angkatan tentera Islam menyebabkan kubu pertahanan pihak musuh menjadi kucar-kacir sehingga menyebabkan pihak musuh ramai yang terkorban.Setelah seharian melakukan serangan,akhirnya Pulau Cyprus berjaya ditawan oleh angkatan tentera Islam di bawah pimpinan Abdullah bin Qais."Kini,kamu semua adalah tawanan kami.Hantarkan seorang utusan kepada rakyat tempatan di sini dan nyatakan syarat-syarat kita kepada mereka,"arah Abdullah bin Qais.

 "Panglima,ini ketua penduduk pulau ini,"utusan yang dihantar oleh Abdullah bin Qais pulang membawa seorang lelaki bersamanya."Tuan panglima yang dihormati,jangan apa-apakan masyarakat pulau ini.Kami semua sanggup membayar jizyah sebanyak 7,000 dinar setahun kepada kerajaan Islam,"Lelaki yang berbadan gempal itu bersetuju membayar jumlah itu kerana bernaung di bawah lindungan Empayar Islam.

 "Khalifah Usman bin Afan! Berita gembira dari Gabenor Syria.Angkatan tentera lautnya berjaya menawan Pulau Cyprus dari cengkaman tentera Byzantium,"Utusan Muawiyah menghantar khabar baik itu kepada Khalifah Usman bin Afan.

  "Alhamdulillah.Ekspedisi pertama angkatan tentera laut Islam sudah mencapai kejayaan.Mulai sekarang, kita perlu melancarkan serangan ke arah pihak musuh tidak kira dari darat ataupun laut,"kata Khalifah Usman bin Afan dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi diatas berita yang disampaikan kepadanya.

 Semenjak kejayaan Abdullah bin Qais itu,Khalifah Usman bin Afan membenarkan Muawiyah dan komander angkatan lautnya menubuhkan lebih banyak angkatan laut tentera Islam di Syria dan Mesir.


                                                                                                                                  bersambung....

Tajuk selepas ini "Komander Angkatan Laut Mesir"

No comments:

Post a Comment