Thursday 13 September 2012

Rasulullah SAW dengan Sebiji Limau

Pada suatu hari yang dingin dengan angin tersimpul malu, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.  Buah limau itu kelihatan sungguh segar dan menyelerakan.
Siapa yang melihat pasti akan terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira
(indahnya senyumanmu Ya Rasululah SAW). 

Kemudiannya, permberian hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum(sangat comel Rasulullah SAW) tanpa berkata-kata. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan seulas demi seulas. Setiap kali dimakan Rasulullah akan tersenyum (indahnya senyuman baginda), hinggalah habis semua limau itu.



 Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya kepada baginda. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau yang dihadiahkan itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Sekiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung ataupun terluka hati dengan telatah kalian. Sebab tu saya habiskan kesemuanya."

 Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

Ya Allah,indahnya akhlak Rasul-Mu..
Comel+akhlak baik+handsome+pandai+ (dll) = Rasulullah saw